Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MUST READ

Makan Meatball dan Membeli Belah Di Ikea Cheras Kali Ketiga

Imej
Salam semua. Semalam aku ke rumah nek ngah kat ampang dengan adik. Balik tu secara tak sengaja boleh singgah Ikea Cheras. Memang unplanned! Baca: Singgah Makan Dan Membeli-belah Di IKEA Cheras Kali Kedua. First time ambil set nugget. Kali ni ambil yang simple je acah-acah minum petang. Hehe. Semuanya RM35.50. Jumpa lukisan ni kat store Ikea. Nampak cakar ayam tapi sekali pandang cantik sebenarnya. Mulanya nak beli lampu ni. Harga pon boleh tahan murah RM29.90 je.   Berjaya bawa balik semua ni walaupun singgah je. Hahaha. Sejuk dan selesa kain selimut ni. Harga RM14.90.  Pinggan dan mangkuk ni harga dia RM1.90 je satu. Aku beli untuk mak yang selalu mengadu pinggan tak banyak kat rumah.   Tali reben. RM 0.90. Adik punya ni.  Lampu gantung ni pun untuk mak juga. Nak pasang kat meja makan rumah. RM24.90.  Ni kotak adik. Harga RM 3.90.  Lampu meja untuk letak sebelah katil. Harga dia murah...

Makan Meatball Dan Shopping Di Ikea Cheras Kali Kedua.

Imej
Salam semua. Semalam aku dengan kawan ke Ikea Cheras kali kedua dalam tahun ni . Last pergi bulan Januari hari tu, so kenalah pergi lagi kan. Rutin biasa sebelum membeli-belah di store Ikea, kenalah isi perut dengan makanan kat kafe Ikea. Kali ni ambil yang rasa boleh habiskan, yelah taknak lah membazir dalam bab makan ni.     First time try ayam quater ni. Boleh tahan. Saiz dia besar. Tak habis kot. So bawa balik je bagi kucing, hahaha. Semuanya RM 56.30. Mahal? Berbaloi sebenarnya, makanannya yang sedap dan dalam portion yang besar.  Lepas makan, terus ke store. Beli barang yang perlu je. Satu lagi, memang pilih harga yang murah je. Setengah jam fikir nak yang mana satu, last2 tak jadi beli sebab rambang mata. Dua2 warna lawa tu.  Tapi balik rumah baru dapat buat keputusan, nak beli yang warna ni.  Sebelum balik, tak sah kalau tak beli sosej dua hengget ni. Letak pula sos biji sawit tu. Minum pakai botol...

Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press

Imej
Salam dan hai semua. Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Hari ini aku nak tulis sedikit review sebuah buku yang bertajuk Hungga oleh seorang naqibah bernama Nur Afirah.  Judul:  Hungga Penulis: Nur Afirah Penerbit: #UF Press Mukasurat: Tak dinyatakan. Setelah dikeluarkan daripada parcel poslaju, inilah rupanya. Kreatif dan kemas. Rasa sayang pula nak buka kan? Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016, MAEPS Serdang. Kulit buku yang minimalis dan kemas menunjukkan sebuah illustrasi bayang seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Penanda buku disertakan sekali untuk kemudahan pembaca. Buku ni takde halaman mukasurat. Mungkin ada sebab yang tersendiri daripada penulis ini. Kulit belakang Hungga. REVIEW (Mengandungi spoils) Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan bacaan buku ni. Gigih betul nak habiskan baca sebab aku minat dengan penulis ni selepas tengok Kerana...

Singgah Membeli Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, MAEPS Serdang.

Imej
Salam semua. Semalam aku berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2016). Pameran buku terbesar di Malaysia kali ni diadakan pertama kali di MAEPS Serdang. Macam biasalah, aku nak kongsikan buku apa yang aku beli kali ni. Last aku pergi pesta buku ni tahun 2014. Baca:  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, PWTC. Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014, PWTC. Sebelum shopping buku, kitorang makan dulu. Masa ni memang panas terik macam matahari seinci atas kepala. Di sini ada 3 tempat makan pilihan. Boleh pilih dewan D atau tempat menunggu shuttle bus (gambar atas). Kitorang pilih beli je di foodtruck kat sebelah dewan A. Beli nasi ayam panggang boneless dan nasi kambing grill. Harga RM9 dan RM10 je. Harga yang berpatutan dan rasa yang marvellous. Lepas makan, terus ke Dewan A dengan penuh semangat dan harapan.  Booth yang paling jadi tumpuan ramai, Dubook Press. Memang ramai sebab Dubook Press ada sediakan hadiah...