Memborong Coklat Di Jualan Coklat Beryl's Bangi Seksyen 8
Salam semua. Semalam aku gigih ke Bangi seksyen 8 sebab Beryl's ada buat sale coklat. Walaupun aku peminat jenama coklat ni, whatsapp group yang bagitau pasal sale ni. Hehe. Coklat Sale ni hari last dia sampai Jumaat ni. So, sesiapa hantu coklat Beryl's macam aku ni, memang wajib kena borong coklat kat sini sebab kalau hari biasa agak mahal juga harganya. Orang sangatlah ramai bagaikan tiada hari esok. Aku ingat, aku sorang je peminat Beryl's ni. Hehe. Tiramisu. Favourite si dia. Banyak pilihan coklat kat sini, aku ambik yang mana favourite aku je. Inilah yang berjaya dibawa pulang. Beryl's Camior. Coklat paling favourite. Packaging yang unik dan rasa dia yang lagi sedap daripada Cadbury. Harga sekotak RM2.60 je. Kalau korang sukakan seseorang, bagi je coklat ni mesti diorang suka. First time beli cookies ni, rasa dia ada gabungan pahit dan manis. Harga sekotak RM4.60. Yang ni rasa yogurt strawberry. Tak terla...