Catatan

Kasut Converse Dah Koyak, Beralih Angin Kepada Sneakers Everlast.

Imej
Salam semua. Lepas je selesai Majlis Anugerah Dekan  KLIK SINI , aku ngan Frentele, Hafiz, Yop, Asyraf, Felix jenjalan kat Sunway Pyramid. Sebenarnya, dah lama ada niat nak beli kasut baru mengenangkan kasut Converse aku dah rupa apa ntah. Aku dah gunakan kasut tu lebih kurang 2 tahun (Sem 3 sampai sem 5). So, sampai je Sunway, dah nampak Converse Store. Masa tu memang hati kata nak terus pakai Converse, tapi bila tengok kasut yang berkenan tu dua ratus lebih, wow memang naik harga disitu. Kenapa ye? Semestinya sebab musim perayaan nak dekat. So, aku bertukar angin ke Everlast, store dia bersebelahan je. Tanpa berfikir panjang, aku terus beli. Itu pon nasib baik ada baki yang cukup dalam atm. Aku malas nak beli mahal2 macam converse sebelum ni. Dua tahun guna dan jaga elok2, tetap koyak kan. So, tengok dulu sejauh mana everlast ni boleh pergi. Ni dia. Aku prefer silver sebab senang nak matching dengan banyak kaler baju atau seluar. Kaler2 sela...

Majlis Anugerah Dekan 2014, Dewan Agong Tuanku Canselor. I was here. (GAMBAR)

Imej
Salam semua. Khamis 13 Jun 2014 minggu lepas, aku berkesempatan ke majlis Amanat dan Anugerah Dekan 2014 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Majlis ini dianjurkan oleh Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Kali kedua diadakan di DATC yang sebelum ini biasa diadakan di perkarangan fakulti, UiTM Puncak Perdana. Kredit gambar: yayahana.blogspot.com Aku gerak dari rumah dengan Hafiz yang juga penerima Anugerah Dekan. Gerak dari rumah jam 8.10 dan sampai 9 tepat.  Red carpet jadi penyambut tetamu. Hahah bajet2 je. Bila jalan atas ni rasa macam something sebab kat rumah takde benda alah ni. Tak percaya, cubalah. Haha. Seats sebelum kehadiran semua. Dewan ini boleh memuatkan 5,000 audiens dalam satu2 masa. Majlis bermula pukul 10.45 pagi. Selesai je daftar nama, terus cari seat aku. Okay la, betul2 depan pentas tapi tengah dewan. Boleh borak2 dan tidur. Hahaha. Dekan, Prof Madya Razak Mohaideen memulakan ucaptama...

Anugerah Dekan Tak Semestinya Untuk Semua Bijak Pandai #mustread

Imej
Salam semua. Beberapa hari lepas, aku dapat invitation by a call untuk Anugerah Amanat & Anugerah Dekan 2014. Aku akan ke sana 12 hb ni. Baca: Majlis Anugerah Dekan 2014 Di Dewan Agung Tuanku Canselor Fakulti Filem, Teater & Animasi organize majlis ni untuk meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam final exam lepas. Alhamdulillah, aku diantara orang-orang itu. Cemerlangnya aku. Haha. Sejak result keluar 9 hb Mei hari tu, memang aku speechless tengok result aku. Jauh daripada expectation aku sebelum tu. Mungkin agak klise ayat ni, aku hanya mengharapkan semua lulus sebelum buka portal result supaya boleh konvo dan tamat. Seriously, kekecewaan pada semester kedua dan ketiga dulu mungkin aku boleh lupakan. Pointer aku 3.42 dan 3.43 disebabkan kedua-dua semester kokurikulum Pertolongan Cemas aku dapat gred C+. Kalau nak diikutkan, sumpah susah gila nak score belajar macam students Sains Hayat kot. MENTALITI ''B...

Habiskan Baucar Buku Di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 #FIXI.

Imej
Salam semua. Tahun 2014 merupakan kali ketiga aku ke Pesta Buku Antarabangsa. Aku ada tulis entri untuk Pesta Buku tahun lepas. KLIK SINI Tahun 2014 juga kali ketiga aku dapat baucar buku 1 Malaysia (BB1M). Tahun ni aku menghabiskan semua kelima-lima baucar kat booth Jelajah Lejen Fixi, Indieke ngan Hijjaz Record Publishing. Yang bestnya, semua booth kasi diskaun, inilah kelebihan pesta buku sebenarnya kan. Booth JELAJAH LEJEN FIXI  (Diskaun RM 29.80) Dapat jugak mug/ termos comel ni. Boleh gedik bawak kopi pegi keje kan. Buku2 dari Fixi dan Lejen Press memang kebanyakannya awesome. Kalau korang perasan aku pilih buku2 yang genre dia related to psiko, seram dan misteri/ pembunuhan. Semua buku2 ni aku dah baca review kat blog2 sebelum beli tau. Penulis-penulis macam Nadia Khan, Dayang Noor, Nami Cobb. Sapa jer tak kenal kan mereka ni hebat dalam twistkan plot cerita.  Booth INDIEKE (Diskaun RM 10) Sebenarnya kakak aku dah ada buku Wani...

Main Ice-Skating Dengan Yaya Bahri di Sunway Pyramid 19 November 2013

Imej
Salam semua. Beberapa jam selepas turun Broga Hill, Klik Sini , aku  terus ke Sunway Pyramid sebab ada orang tu beria-ria nak belanja aku main Ice-Skating. Ni dia Yaya, si pebelanja ice-skating. Berapa hengget tak boleh mention, nanti dia marah. Hahahah. Yaya ni memang peramah, seorang yang memang tak berhenti bercakap. Ada je cerita dia. Comel kan? Hahaha. Kaunter kasut. Kasut ye dia panggil? Entahlah.  Di sini, dengan sekali bayar masuk, kita boleh berskating non-stop sampai 10 pm. Kitorang keluar dalam pukul 9 sharp, untuk shopping sebelum Sunway tutup. Terasa macam gambar aku banyak pula. Kan? Pendek kata, berbaloi harganya dengan pengalaman yang best which is dapat borak2 dengan orang yang tak kenal atas ice selain melakukan step/skill masa skating itu sendiri. Skill tu. Hahaha. P/s: First time ber-iceskating, tak sekali pon jatuh. Rasa nak pergi lagi.