Catatan

Makan Meatball dan Membeli-Belah di IKEA Cheras

Imej
Salam semua.  Tahun baru ni aku mulakan projek jenjalan ke IKEA yang baru buka di Cheras. Almaklumlah, IKEA baru buka, tahap kejakunan tu semestinya tinggi kan. So, sabtu semalam siap2 pukul 10 pagi bertolak. Semangat betul kalau nak jalan2 ni, kalau nak siap2 awal pergi kerja tak pernah macam ni. Haha. Bertolak awal pon still jammed jalan Cochrane ni. Kat fly over ni dah boleh nampak signboard IKEA yang teguh berdiri mencakar langit tu. Banyak site keliling IKEA ni masih dalam pembinaan. Ada orang cakap IKEA Cheras ni lagi besar daripada IKEA Damansara? Rasa macam sama je. Sampai je terus ke kafe IKEA. Memang menjadi kewajipan untuk sesiapa yang datang sini  menjamu selera dahulu sebelum shopping barang-barang. Banyak pilihan makanan yang awesome untuk korang pilih. Jangan jadi rambang mata macam aku pula. Haha. Total untuk semua makanan ni RM69.50. Bagi aku ia sangat berpatutan untuk tiga orang makan dan kuantiti makanan yang banyak dan r...

Terbeli Henfon Samsung GT-E1270 Di Mines Shopping Complex

Imej
Hai semua. Semalam aku saja teman adik aku ke Mines. Katanya nak beli Oppo Neo 5, takut kena tipu pula beli yang tak ori. Dalam banyak-banyak henfon kat kedai tu, tiba-tiba jatuh cinta dengan satu henfon catchy ni yang dinamakan GT-E1270. Aku panggil henfon lipat merah je. Pendek kata kedua-dua henfon kitorang beli model paling terbaru. Samsung  GT-E1270 berharga RM95. Lepas dapat je henfon Oppo Neo 5 tu, terus test camera depan dia. Kelihatan muka batak masing-masing di situ. Haha. Kamera belakang pon boleh tahan kualiti dia. Resolusi kamera 8 MegaPixel. Beli henfon murah tapi dapat paperbag Samsung tu. Hahaha. So, henfon baru ni menggantikan henfon lipat yang lama (warna merah juga). Kotak, charger USB 2.0 dan manual. PERBEZAAN Saiz reka bentuk kedua-dua henfon. Body yang lebih besar dan rekabentuk yang lebih feminin berbanding henfon lama. Butang keypad berlampu serta lebih besar dan lembut.  Ada logo Samsung di ...

Singgah Membeli Di Gadgets World 666 Bangi (Review).

Imej
Salam semua. Dua minggu lepas, aku sempat ke Gadgets World 666 kat Bangi. Ramai yang memperkatakan kedai hasil usaha orang melayu ni di Facebook. Banyak juga cawangan dia seluruh Malaysia. Inilah barang-barang yang sempat aku rembat kat situ. MP3, Earphone, Headphone dan Memory Card SD. Di bahagian luar kedai. Kedai ni terletak di blok yang sama dengan Restoran Nasi Ayam Tat. Apa yang ada di dalam kotak? MP3, Cable dan Earphone. Earphone basic je, memang tak guna pun sebab aku prefer guna earphone HTC. MP3 ni berharga RM10. Murah kan, aku pun susah nak percaya. Yang bestnya, MP3 ni ada pengepit di bahagian belakang so senanglah aku nak kepit kat baju or seluar aku time jogging petang-petang nanti.  Dua earphone untuk kedua-dua MP3. Walaupun aku dah ada earphone, saje nak jadikan ni sebagai backup. Sound dia pun boleh tahan walaupun semua RM3 serba satu. SD card pula berharga RM9 untuk storan 2GB. Dengan memori sebanyak ni, boleh memuat...