Review Novel MENTAL oleh Shaz Johar dari Fixi (must read)

Salam semua.
Sebelum ni aku ada keluarkan entri fasal buku2 yang dibeli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. KLIK SINI

 


Judul:  MENTAL
Penulis: Shaz Johar
Penerbit: FIXI
Mukasurat: 300

Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental.  Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan? MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.


KENAPA BELI?


Cemana aku boleh tertarik dengan MENTAL? Aku ada sahabat rapat sebelum ni gagal dalam mengawal emosi dan akhirnya 'hampir' menghadapi masalah itu. Aku rase mungkin dengan membaca buku ni, aku dapat memahami, merasai sedikit sebanyak apa yang dialaminya. MENTAL menjadi buku Fixi pertama aku selesai baca. Dan bila dah tau ending dia, fasal apa cerita dia, bla bla bla then elok juga aku buat review untuk kongsikan apa pendapat aku tentang buku yang ditulis oleh Shaz Johar ni.



REVIEW NOVEL MENTAL (Mengandungi spoils)

  • Sinopsis di kulit belakang buku berjaya menarik pembaca untuk mengetahui cerita ni pasal apa. Sinopsis dan cerita itu ditulis hanya gambaran Maya.
  • Buku ni dalam kategori first-person narrative (lebih fokuskan apa yang berlaku pada watak utama, ala-ala diari) Konsep penulisan lebih kepada diari, catatan diri Maya selaku watak utama. Aku suka konsep ni. Kemudian, cerita dipecahkan satu persatu.
  • 'Semua orang gila'. Di awal pembacaan, kita mudah membuat anggapan Tuan Jin, Puan Sierra, Rashid dan Nia gila. Mereka semua ada cerita sendiri. Tuan Jin curang dengan isterinya, Puan Sierra yang kuat sembahyang tetapi sering menuduh si Maya. Rashid yang nekad memotong tangan kanannya yang didakwanya bukan tangannya dan Nia yang gemar mempelajari agama kristian sehingga hampir ke arah itu. Tuan Jin dan Puan Sierra dilihat seperti tidak mengambil tahu masalah kedua anak mereka. Bermakna semua gila, kenalah dengan judul buku. Maya je seorang tidak gila?
  • Aku ternanti-nanti bila Rashid nak potong tangannya dan Nia murtad mungkin. Elemen ni tampak seperti nak memanjangkan plot. 
  • Pertengahan cerita, watak Raudhah muncul dan memang penting untuk keseluruhan cerita. Cara watak Raudhah diceritakan sangat baik dan teratur.
  • Cara menceritakan masalah dihadapi Maya, watak Kisha dari novel Kougar menjadi pendengar setia di bus stop. 
  • Di penghujung cerita, kita dapat tahu semua perkara yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri di samping menyingkap watak sebenar Maya itu sendiriMENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.
  • Endingnya ditunjukkan secara rileks dan bersahaje serta dapat diterima. Aku suka ending seperti ini.
  • Tahniah penulis, Shaz Johar yang memberi keyakinan untuk aku terus mengikuti  buku2 terbitan FIXI.

3.97 out of 5 stars

Ulasan

  1. Sebuah rebiu yang baik. Syabas saudara nizam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks. Nantikan review seterusnya, ASRAMA dan NGERI.

      Padam
  2. Hahaha , review ni buat saya nak beli . Btw , setuju jugak kalau buat review ttg Asrama . Novel tu memang seremm tapi kalau writer blog ni pernah baca Novel Kacau by ariff adly pun best gila . Ala-ala the conjuring versi malaysia . Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah beli dah. Sy dah review tentang Asrama. Ada kat popular post tu :)
      Sy beli jugak novel Kacau, cuma belum ada time nak baca ohh.

      Padam

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)