Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel REVIEW BUKU

Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press

Imej
Salam dan hai semua. Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Hari ini aku nak tulis sedikit review sebuah buku yang bertajuk Hungga oleh seorang naqibah bernama Nur Afirah.  Judul:  Hungga Penulis: Nur Afirah Penerbit: #UF Press Mukasurat: Tak dinyatakan. Setelah dikeluarkan daripada parcel poslaju, inilah rupanya. Kreatif dan kemas. Rasa sayang pula nak buka kan? Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016, MAEPS Serdang. Kulit buku yang minimalis dan kemas menunjukkan sebuah illustrasi bayang seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Penanda buku disertakan sekali untuk kemudahan pembaca. Buku ni takde halaman mukasurat. Mungkin ada sebab yang tersendiri daripada penulis ini. Kulit belakang Hungga. REVIEW (Mengandungi spoils) Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan bacaan buku ni. Gigih betul nak habiskan baca sebab aku minat dengan penulis ni selepas tengok Kerana...

Review Buku Acah-Acah #Deep Oleh Shazreen Fazlynda Dari Puteh Press

Imej
Salam dan hai. Dah lama tak review buku kan? Nampak sangat dah lama tak membaca. So semalam aku gigih habiskan baca buku Acah-Acah Deep ni sampai tidur lambat dibuatnya! Judul:  ACAH-ACAH DEEP Penulis: Shazreen Fazlynda Penerbit: Puteh Press Mukasurat: 144 KENAPA BELI? Sebenarnya ini buku adik aku si budak darjah 6 tu yang punya. Aku saja je baca buku idola dia. Then, usha video si penulis ni, famous rupanya dia ni. Tinggi views dia, video pun boleh tahan menarik. Terdetik pula di hati nak buat review yang sekian lama tak buat. Bahasa Utagha Inside. Tengok tu dia siap bagitahu awal-awal tu. REVIEW (Mengandungi spoils) Buku ini adalah buku jenis autobiografi. Basically, Shazreen Fazlynda (SF) memulakan kisahnya semasa zaman penghijrahannya (menutup aurat dengan sempurna) di tingkatan 5 sehingga zaman perkahwinannya di usia 23. Baca: Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press Ada beberapa kisah yang aku rasa menarik dan memberi ins...

Habiskan Baucar Buku Di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 #FIXI.

Imej
Salam semua. Tahun 2014 merupakan kali ketiga aku ke Pesta Buku Antarabangsa. Aku ada tulis entri untuk Pesta Buku tahun lepas. KLIK SINI Tahun 2014 juga kali ketiga aku dapat baucar buku 1 Malaysia (BB1M). Tahun ni aku menghabiskan semua kelima-lima baucar kat booth Jelajah Lejen Fixi, Indieke ngan Hijjaz Record Publishing. Yang bestnya, semua booth kasi diskaun, inilah kelebihan pesta buku sebenarnya kan. Booth JELAJAH LEJEN FIXI  (Diskaun RM 29.80) Dapat jugak mug/ termos comel ni. Boleh gedik bawak kopi pegi keje kan. Buku2 dari Fixi dan Lejen Press memang kebanyakannya awesome. Kalau korang perasan aku pilih buku2 yang genre dia related to psiko, seram dan misteri/ pembunuhan. Semua buku2 ni aku dah baca review kat blog2 sebelum beli tau. Penulis-penulis macam Nadia Khan, Dayang Noor, Nami Cobb. Sapa jer tak kenal kan mereka ni hebat dalam twistkan plot cerita.  Booth INDIEKE (Diskaun RM 10) Sebenarnya kakak aku dah ada buku Wani...

Review Novel Asrama Oleh Muhammad Fatrim Dari Fixi (must read)

Imej
Salam semua. Sebelum ni aku ada keluarkan entri fasal buku2 yang dibeli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia.   KLIK SINI Judul:  ASRAMA Penulis: Muhammad Fatrim Penerbit: FIXI Mukasurat: 287 “Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia. “Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu. “Tak, maksud aku...” Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram. “Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya. Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia. “Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia. ...

Review 26 Episod Gosip oleh Haswida Abu Bakar Terbitan Jemari Seni

Imej
Salam semua. Setelah review novel mental mencapai hampir 500 pembaca, tergerak hati nak review novel 26 Episod Gosip.  Klik sini untuk review novel MENTAL terbitan Fixi. Judul:  26 Episod Gosip Penulis: Haswida Abu Bakar Penerbit: Jemari Seni Mukasurat: 447 halaman matahari bukan pelakon yang boleh disuruh ulang berlakon Seperti hidup ini, ada benda yang kita mahu pilih sekali sahaja sepanjang hidup: kekasih. Ini kisah di belakang tabir. Cerita Ain Nurlisa yang keras hati pada cinta bermula dari sini... ‘di dalam’ dan ‘di luar lokasi’ bersama krew produksinya... Scene 1 “Ingat kau orang ikut  mak  dan Posh berkaraoke!” “ Mak  pandai menyanyi ke?” “Bolehlah!” “Hessyy! Jangan buat main, Misha Omar tu... suara sedap,” celah pelakon baharu, Ari Zaman. “Suara  mak  tu... mula aja ala-ala Misha Omar, lepas tu jadilah suara Hattan ke Jamal Abdillah la pula!” seloroh juruaudio produksi. Scene 2 “Wah, Jeffri Husin sejak...

Review Novel MENTAL oleh Shaz Johar dari Fixi (must read)

Imej
Salam semua. Sebelum ni aku ada keluarkan entri fasal buku2 yang dibeli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. KLIK SINI   Judul:  MENTAL Penulis: Shaz Johar Penerbit: FIXI Mukasurat: 300 Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental.  Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan? MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar. KENAPA BELI? Cemana aku boleh tertar...