Dari Henfon ke SmartPhone. Semua Henfon Ni Aku Beli Dengan Duit Sendiri.

Salam semua. 
Sementara nak tunggu blog Unite ni capai angka 120, 000 hits, saja nak kongsikan sesuatu yang dianggap penting dalam meneruskan hidup kita dari hari ke sehari. Apa tu?



Handphone. Henfon. Enpon. Telefon bimbit. Sekarang, semua prefer panggil ia smartphone. Henfon memang penting. Kalau takde, kita tak boleh connecting people kan. Nokia sangat. Aku dulu memang peminat Nokia, sebab keterujaan aku pada henfon 3310 yang tahan lasak dan famous gila. So, entri kali ni aku nak kongsi siket semua henfon yang aku pernah guna disamping beli dengan duit sendiri.

#1 Nokia 3315



Ini merupakan henfon pertama. Ateh (makcikku) yang bagi henfon ni sebab dia dah beli henfon yang ada colour/ camera. Kalau nak tau, harga fon ni mula2 keluar dulu dalam RM350.

#2 Sony Ericsson K220i




Lepas 3315 rosak, aku decided nak gak guna henfon berkamera dan MMS. Dan inilah hasilnya. Berharga RM 270 (AP Set) beli guna duit raya dan duit upah basuh kereta ayah dan pakcik. Haha.

#3 Nokia 3120 Classic


Rosak juga sony ericsson tu, tak boleh on. Standardlah produk AP Set kan. Mase ni, aku teringin nak guna teknologi 3G (Video Call). So, aku guna duit raya dan simpanan dalam RM420 kot beli ni sekaligus kembali menjadi pengguna Nokia. Kamera dia cantek dan ada Memori kad.

#4 iPhone 3G (China)

Apple mula naik ketika ni dengan produk dorang, iPhone 3G. Tertarik dengan iPhone, aku jual Nokia 3120 Classic tu kat kawan sekolah dan beli henfon ni. RM300 tak silap berbanding iPhone original RM1700.

#5 Nokia 1110


Lepas rosak iPhone 3G China tu, Angah aku hadiahkan henfon dia ni. Sebab mase ni, aku jaga arwah ayah di hospital dan aku harus ada phone untuk sedara mara call.

#6 Nokia 5300 XpressMusic


Kembali menjadi pengguna Nokia, kali ni Nokia 5300 yang memang looks trendy, catchy dan sesuai untuk remaja. Aku beli sebab nak dengar mp3 setiap masa selain henfon slide memang femes time tu. Harganya RM450 (Ap Set). Beli guna duit simpanan dan pinjam Angah maybe sambil bagi kat adik nokia 1110 tu.

#7 Nokia 5800 XpressMusic



Ini kali pertama aku beli henfon dari pengedar sah, Zitron. Memang konfem original by Nokia Malaysia. Harga promosi time tu RM1250 berbanding harga asal RM1399. Sepenuhnya duit gaji pertama kerja di Sony Logistic Bangi disamping trade in Nokia 5300 yang rosak tu. Beli henfon ni sebab boleh connect Wifi dan Touch Screen serta ada stylus pen. Henfon ni bertahan sampai hujung semester kedua UiTM, jatuh lubang tandas. Menanges berlagu time tu.

#8 Nokia 1100


Henfon ni kazen, Apit bagi setelah simpati dengan nasib aku takde fon. Hahaha. Berguna even keypad dia tak tertanggal-tanggal. 

#9 Blackberry Curve 9380

BBM sangat popular masa kini kat kampus, dan aku terfikir why not aku dapatkan satu. Beli 2nd kat Giant Shah Alam. Berharga RM650. Henfon ni antara BB terawal powered by OS 7.1. 

#10 Blackberry Curve 9320



Curve 9380 tu rosak program dia. Repair pakai warranty, sama je then decided trade in dengan latest model - Curve 9320. Original Brightstar harga RM 699. Bayar RM250 selepas trade in. Cantik sebab ada qwerty, logo BB besar kat belakang dan white colour.

#11 Samsung GT-E1195


Beberapa minggu lepas tu, beli henfon lipat ni. Jadikan henfon kedua sebab ada simkad lebih. Harga RM95 selepas diskaun, RM99. 3 colors available dan prefer merah sebab bergaya (ggmu). Beli sebab murah, comel dan tahan battery. Seminggu sebelum kena cas semula. Tak macam BB tu kan.

#12 Samsung Galaxy Note N7000




Beli awal tahun ni, selepas jual Curve 9320 tu kat member, Ashaari. Boring pakai BB. Nak snap gambar IC or huruf2 kabur. Instagram pon takleh running. Time ni, Samsung tengah lancarkan Note II sekaligus harga Note jatuh mendadak. Beli 2nd dengan harga RM1050 by mudah.com.my. Berbaloi sebab owner girl dan masih berkilat. Lebih murah dari harga aku dapatkan Nokia 5800 XM dulu. Sampai sekarang guna smartphone ni.




Ni pulak next/ target smartphone aku. Semestinya akan tunggu iPhone 6 keluar then terus-menerus aku dapatkan ni 2nd hand. Maybe harga time tu dalam RM1500. 

Kalau ditanya henfon mana paling makes sense, Nokia 5800 XM tu. Kalaulah masih ada jual lagi skrg, konfem aku akan dapatkannya. Memang ada kat mudah.com.my, tapi condition dia sangatlah mengecewakan.


Update: 14 Ogos 2014: Henfon yang aku pakai sekarang. KLIK SINI. (OnePlus One)
Update 31 Januari 2015: Henfon yang aku pakai sekarang. KLIK SINI. (HTC One M8)

P/s: Rasa macam panjang gila entri ni. Takpe, ada sorang classmate cakap dia suka baca entri blog yang berjela-jela panjang tulisannya. Bersyukur setiap kali dapatkan sesuatu.

Ulasan

  1. ~menangis berlagu~~ha ha. :)
    menangis tak berlagu lagi sadis. dulu hp ke-3 masuk lubang tandas jugak. tp masih boleh pakai. tak ada duit. terpaksa guna~~bab najis~tolak tepi. sbb dah basuh dengan sabun.ketuk-ketuk. keringkan. NOKIA (?) tak sure. seminggu tak guna, sebab tak boleh on~~sempoi hidup xde phone. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Kes yang sama. Bayangkan saya masuk toilet, then ada mesej from ex, keluar phone tu dari poket (excited maybe?), phone tu tibe2 rasa macam licin. Terlepas. Memang tak jolok baleklah sebab Nokia 5800 tu berat kot. Memang tak timbullah kan. Gerammmm :D

      Padam
  2. perlu ke ko nk mention ex yg mesej bagai? ntah pape la ko ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni, dia masih ex-girlfriend saya. Inshaallah, ada jodoh kami, doakan ya!

      Padam

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)