Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall Kuala Lumpur Kali Kedua
Salam semua dan hai. Lepas habis makan kat Restoran Pak Mal Nasi Ayam (KLIK SINI) , aku terus ke Kedai Ustaz buat kali kedua so bolehlah usha barang-barang baru restocked. Post aku sebelum ni di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, klik link bawah ni. BACA: Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, Kuala Lumpur. Kali ni aku berhabis RM45.00, lapan ringgit lebih daripada sebelum ni. Tapi lebih banyak barang. Untuk sesiapa yang tak tau mana satu bangunan MARA Digital Mall ni, ni dia gambar dari google. Terletak di betul2 di Jalan Raja Laut, KL. Masa pergi first time tu, case ni dah habis so bila dah restocked ni, aku kebas sampai tiga. Boleh buat spare kan. Harga RM3 je. Case ni memang selesa pakai kat phone, sedap dipegang, nipis dan berkilat. Kalau nak beli kat pasar malam ni, konfem RM10. Dulu aku pernah beli beats AAA ni kat The Mines dalam RM30. Memang best kualiti bass dia. Bila nampak kat kedai Ustaz ni, terus sambar satu. Harga pun mur...