Review Buku Acah-Acah #Deep Oleh Shazreen Fazlynda Dari Puteh Press

Salam dan hai. Dah lama tak review buku kan? Nampak sangat dah lama tak membaca. So semalam aku gigih habiskan baca buku Acah-Acah Deep ni sampai tidur lambat dibuatnya! Judul: ACAH-ACAH DEEP Penulis: Shazreen Fazlynda Penerbit: Puteh Press Mukasurat: 144 KENAPA BELI? Sebenarnya ini buku adik aku si budak darjah 6 tu yang punya. Aku saja je baca buku idola dia. Then, usha video si penulis ni, famous rupanya dia ni. Tinggi views dia, video pun boleh tahan menarik. Terdetik pula di hati nak buat review yang sekian lama tak buat. Bahasa Utagha Inside. Tengok tu dia siap bagitahu awal-awal tu. REVIEW (Mengandungi spoils) Buku ini adalah buku jenis autobiografi. Basically, Shazreen Fazlynda (SF) memulakan kisahnya semasa zaman penghijrahannya (menutup aurat dengan sempurna) di tingkatan 5 sehingga zaman perkahwinannya di usia 23. Baca: Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press Ada beberapa kisah yang aku rasa menarik dan memberi ins...