Review Buku Acah-Acah #Deep Oleh Shazreen Fazlynda Dari Puteh Press
Salam dan hai.
Dah lama tak review buku kan? Nampak sangat dah lama tak membaca. So semalam aku gigih habiskan baca buku Acah-Acah Deep ni sampai tidur lambat dibuatnya!
REVIEW (Mengandungi spoils)
Buku ini adalah buku jenis autobiografi. Basically, Shazreen Fazlynda (SF) memulakan kisahnya semasa zaman penghijrahannya (menutup aurat dengan sempurna) di tingkatan 5 sehingga zaman perkahwinannya di usia 23.
Ada beberapa kisah yang aku rasa menarik dan memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja termasuk aku sendiri. Cara-cara nak kurus pun dia ada kongsi siap dengan gambar makanan lagi. Selain itu, banyak juga pengajaran dan motivasi yang SF kongsikan dalam penulisannya mengingatkan aku kepada videonya (V-log). Aku suka dengan cara penyampaian SF dalam berdakwah menerusi penulisan jujurnya. Sambil berkarya, sambil dapat pahala.

Hampir setiap halaman ada gambar. Aku suka dengan konsep ini mengingatkan aku kepada buku Saiful Nang (Kisah Orang Menang). Untuk pengetahuan korang, suami SF ni seorang fotografer. Semestinya, suami SF banyak menyumbang gambar untuk buku ni.
Bab ni paling aku suka. Ayat colour merah tu macam dituju khas je untuk aku. Haha. Anyways, aku tak pernah pun rasa lonely (dalam hati berhuhuhu).
Ada cerpen kat hujung mukasurat buku ni bertajuk, #DEEDRIUM. Dia punya twist sangatlah brilliant. Tak pernah terfikir dek akal! Kesimpulannya, percubaan pertama SF dalam menulis buku pertama tidak mengecewakan.
3.5/5 bintang
P/s: Banyak lagi buku kat rak bilik aku ni tak terusik. Inshaallah, nak jadikan tahun 2016 tahun rajin membaca. Nak habiskan baca semua buku dulu, baru boleh beli buku baru.
Ulasan
Catat Ulasan
Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)