Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall Kuala Lumpur Kali Kedua

Salam semua dan hai.
Lepas habis makan kat Restoran Pak Mal Nasi Ayam (KLIK SINI), aku terus ke Kedai Ustaz buat kali kedua so bolehlah usha barang-barang baru restocked. Post aku sebelum ni di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, klik link bawah ni. 


Kali ni aku berhabis RM45.00, lapan ringgit lebih daripada sebelum ni. Tapi lebih banyak barang.

Untuk sesiapa yang tak tau mana satu bangunan MARA Digital Mall ni, ni dia gambar dari google. Terletak di betul2 di Jalan Raja Laut, KL.

Masa pergi first time tu, case ni dah habis so bila dah restocked ni, aku kebas sampai tiga. Boleh buat spare kan. Harga RM3 je. Case ni memang selesa pakai kat phone, sedap dipegang, nipis dan berkilat. Kalau nak beli kat pasar malam ni, konfem RM10.

Dulu aku pernah beli beats AAA ni kat The Mines dalam RM30. Memang best kualiti bass dia. Bila nampak kat kedai Ustaz ni, terus sambar satu. Harga pun murah RM15.

MP3 Player, RM6. Kebanyakan yang jual di Instagram dalam RM20 - RM23. Bolehlah bawak pergi jogging lepas ni. 

Nano sim adapter. Semua ada, sim card, micro sim dan nano sim. RM1 je. Remax Micro SDHC Card berharga RM14 untuk kapasiti 8 GB.

So, ini jelah yang sempat aku sambar. Ambil barang pun berkira-kira juga, nak berjimat sikit. Nak menyimpanlah siket untuk buat hantaran. Hehe. Macam yang aku katakan sebelum ni, kalau korang mencari aksesori handphone korang, kedai Ustaz ni memang highly recommended. Harga dan kualiti sangat puas hati!


P/s: Pasal duit hantaran tu sebenarnya wayang je, padahal nak buat beli Honda Civic. Hahahaha.

Ulasan

  1. kualiti barang ok ker? tgk harga macam tak logik. Ada warranty ker untuk cable, mp3, beats audio tu? Kalau rosak mamcamner? boleh return ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kualiti biasa-biasa. You get what you pay. Tentang warranty tu, maybe beberapa hari je. Kalau rosak masa sampai rumah, terus tukar baru.

      Padam
  2. Kualiti barang memang best. charger iphone RM3 dah setahun tak rosak-rosak pun. Tapi ikut cara penggunaan juga la kot. Setakat ni saya memang suka beli barang kat kedai ustaz di kota damansara. Berbaloi-baloi!

    BalasPadam
  3. Perkihidmatan baiki/tukar bateri untuk iphone ade x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde. Kalau masalah iPhone, saya rekemen iFix atau Fastech. Search kat FB

      Padam
  4. Masih wujud lagi ker mara digital mall ni?saya ingat nak singgah 31 august ni..

    BalasPadam
  5. Weekend bukak x? Kalau bukak sampai pkul berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kedai ustaz kota damansara 10-4 pagi. kalau mara sampai 9;30 malam sahaja. dekat shah alam pun ada

      Padam
  6. Kalau nk tukar skrin pecah,ade buat tk kt situ. Kena kol dulu ke macmana.kalau boleh nk ade stok,br gi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diorang tak buat skrin pecah. Tukar tempered glass je.

      Padam

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)