Catatan

Singgah Membeli Di Gadgets World 666 Bangi (Review).

Imej
Salam semua. Dua minggu lepas, aku sempat ke Gadgets World 666 kat Bangi. Ramai yang memperkatakan kedai hasil usaha orang melayu ni di Facebook. Banyak juga cawangan dia seluruh Malaysia. Inilah barang-barang yang sempat aku rembat kat situ. MP3, Earphone, Headphone dan Memory Card SD. Di bahagian luar kedai. Kedai ni terletak di blok yang sama dengan Restoran Nasi Ayam Tat. Apa yang ada di dalam kotak? MP3, Cable dan Earphone. Earphone basic je, memang tak guna pun sebab aku prefer guna earphone HTC. MP3 ni berharga RM10. Murah kan, aku pun susah nak percaya. Yang bestnya, MP3 ni ada pengepit di bahagian belakang so senanglah aku nak kepit kat baju or seluar aku time jogging petang-petang nanti.  Dua earphone untuk kedua-dua MP3. Walaupun aku dah ada earphone, saje nak jadikan ni sebagai backup. Sound dia pun boleh tahan walaupun semua RM3 serba satu. SD card pula berharga RM9 untuk storan 2GB. Dengan memori sebanyak ni, boleh memuat...

Sambut Hari Jadi ke 23 di HR Steak House, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Imej
Salam semua. Minggu lepas, 10 April merupakan birthday aku yang ke 13, eh 23 tahun. So, untuk memanfaatkan hari bersejarah dunia ni Along decided bawa aku dan adik ke HR Steak House kat Kampung Baru, Kuala Lumpur. Terpesona melihat dekorasi yang sangat cantik di sini. Rasa macam nak buka restoran ikut theme ni. Kitorang order Lamb Leg Chop (kiri atas), Fish and Chip (kanan atas) dan Lamb Chicken Chop (bawah). Harga dalam lingkungan RM16 ke RM22. Menu yang banyak, susah nak buat pilihan nak mana satu.  Ni aku punya, Lamb Leg Chop. Sangat sedap dan empuk dagingnya. Marvelous! Recommended!  Macam biasalah, tangkap gambar sendiri yang penuh kehenseman dan kekontrolan. Perkara wajib bila luangkan masa berharga dengan family mestilah, selfie. Kalau tak, tak sah! Bahagian luar restoran. Meriah ditambah dengan angin malam yang sejuk dan gemerlapan lampu limpah restoran. Permandangan di tempat park kereta kitorang. Rasa nak datang lagi ...

Terbeli Mi Band dan Powerbank Xiaomi 10400 mAh (Review).

Imej
Salam. Selamat berbulan Mac semua, hamboi. Awal bulan Februari hari tue, aku ada order Mi Band ngan Powerbank Xiaomi yang murah tu. Aku decided beli pon untuk keperluan henfon baru aku. KLIK SINI . Lepas tiga hari, barang tu sampai by City-Link.  Packaging dia memang terbaik dan puas hati. Cantik pulak kotak dia boleh buat kotak hadiah untuk gelpren atau crush kan? Resit. Terbukti murah dan berkualiti. Kalau tak, takdelah aku beli kan. Kedua-dua kotak selepas dibedah. Dalam kotak ada powerbank 10400 mAh, kabel USB dan manual. Rekaan seakan-akan aluminium. Body dia diperbuat daripa da plastik berkualiti tinggi yang dipanggil  thermoplastic polyurethane (TPU). LED tu menunjukkan peratusan bateri yang tinggal yang mana 1 blink bersamaan dengan 25% (2600mAh). Bateri One M8 2600 mAh so powerbank ni boleh cas penuh sebanyak 4 kali. Bateri henfon ni sebenarnya long-lasting, powerbank ni just untuk emergency case. Harga pon murah (RM49) dengan re...

Hai HTC One M8, Selamat Berkenalan. Selamat Tinggal OnePlus One (Review).

Imej
Salam semua, Tahun baru, kenalah ada sesuatu yang baru kan. Apa yang baru? Jawapannya HTC One M8 (Gunmetal Grey). Sebenarnya dah masuk hari ke-22 aku guna henfon ni menggantikan OnePlus One KLIK SINI . OnePlus One tu aku jual kat laman web mudah dengan harga RM850 full set. Lepas je aku jumpa buyer tu kat Serdang, collect duit terus aku gerak ke Directd Subang dalam pukul 10.30 malam camtue. Aku sebenarnya nak beli kat Satu Gadget sebab ada member card tapi takde stok untuk kaler ni. Harga dia RM1689 untuk set AP berbanding RM1989 untuk set HTC Malaysia. Sebenarnya aku memang decide nak beli AP set sebab aku yakin akan pakai henfon ni untuk jangka masa panjang. Untuk siapa yang masih keliru dengan beza antara dua set ni, ini pencerahannya. Material dan software semua sama cuma perbezaan warranty dia. Set AP set dari luar negara. Contohnya, tengok coklat cadbury yang dijual di Langkawi dengan KL. Packaging lain, coklat yang sama. Dalam kotak. Power supply,...