Hai HTC One M8, Selamat Berkenalan. Selamat Tinggal OnePlus One (Review).
Salam semua,
Tahun baru, kenalah ada sesuatu yang baru kan. Apa yang baru? Jawapannya HTC One M8 (Gunmetal Grey). Sebenarnya dah masuk hari ke-22 aku guna henfon ni menggantikan OnePlus One KLIK SINI. OnePlus One tu aku jual kat laman web mudah dengan harga RM850 full set.
Lepas je aku jumpa buyer tu kat Serdang, collect duit terus aku gerak ke Directd Subang dalam pukul 10.30 malam camtue. Aku sebenarnya nak beli kat Satu Gadget sebab ada member card tapi takde stok untuk kaler ni.
Harga dia RM1689 untuk set AP berbanding RM1989 untuk set HTC Malaysia. Sebenarnya aku memang decide nak beli AP set sebab aku yakin akan pakai henfon ni untuk jangka masa panjang. Untuk siapa yang masih keliru dengan beza antara dua set ni, ini pencerahannya. Material dan software semua sama cuma perbezaan warranty dia. Set AP set dari luar negara. Contohnya, tengok coklat cadbury yang dijual di Langkawi dengan KL. Packaging lain, coklat yang sama.
Dalam kotak. |
Power supply, cable dan in-ear earphone. |
Ada 5 sebab utama kenapa aku beli HTC One M8.
1. Sebelum beli lagi, aku perlukan 2 hari untuk review 2 smartphone pilihan aku. HTC One M8 dan Apple iPhone 6. Banyak juga aku tengok youtube dan review dari blog yang siarkan perbandingan antara 2 henfon ni. Dari situ aku dapat tahu yang HTC One punya skrin lebih sharp/cantik, lebih laju, kamera lebih cantik daripada iPhone 6. Lagipon, tak sampai hati aku nak keluar RM2399 untuk iPhone 6.
Contoh gambar dari lensa HTC One M8:
Gambar dengan mode Panorama. |
Sebelah kiri gambar menggunakan kamera depan (selfie) dan sebelah kanan dengan mode HDR. |
Gambar dengan menggunakan Split Camera (kedua-dua lensa dalam satu gambar) dengan mode Auto. |
2. Speaker Dalaman (Double Front-Facing Speakers) - HTC BoomSound:
Kalau model sebelum ni, One M7 dikuasakan dengan Beats Audio berbeza pulak dengan One M8 dikuasakan dengan BoomSound. Volume up sampai habis pon takkan pecah sound dia. Bass dia, macam pakai earphone bila dengar. Music Player pula ada lirik lagu dengan background animasi untuk menunjukkan equalizer.
3. Reka Bentuk Aluminium
Reka bentuk body yang dibuat daripada aluminium sangat cantik. Smartphone Android paling premium pernah aku tengok. Body dia takkan calar (diuji dengan pisau dan paku).
4. HTC Sense 6.0.
M8 smartphone pertama HTC menggunakan HTC Sense 6.0. Antara contoh, korang boleh tukar jadi remote TV. |
One M8 merupakan peranti android terawal menerima kemaskini android Lollipop 5.0.1. Aku update selepas hari keempat. |
Antara interface selepas upgrade. Aku suka bila charging, ada minit untuk pengecasan penuh (gambar kiri). Gambar kanan pula interface baru untuk multitasking. |
P/s: Apa yang aku harapkan panjanglah jodoh aku dengan HTC One M8 selepas hanya 4 bulan relationship aku dengan OnePlus One. Pelancaran untuk model HTC One M9 dijangka pada 1 Mac ni. Tak tergoda pon sebab bagi aku design M8 lagi terbaik.
Assalamualaikum.
BalasPadamAda masalah apa-apa ke pakai oneplus one sebelum ni?
Wassalam. Takde masalah apa. Saya bertukar ke One M8 sebab tertarik dengan reka bentuk dia. Buyer yang beli henfon tu ada text saya kat fb, dia kata syok gila pakai OnePlus berbanding henfon lama dia, Galaxy S5 :)
PadamOhh. Terima kasih.
PadamKiranya berbaloi lah pakai OPO ni?
Sebenarnya saya berminat juga dengan Xperia Z2. Pening juga memikir. haha
Sangat berbaloi pakai OnePlus One. Harga first OPO memang murah dulu, bila ramai permintaan harga naik dalam RM100++ so tunggulah OnePlus Two dalam masa terdekat ni :)
PadamAssalamualaikum bro Nizam.
BalasPadamSinggah sebentar mencari review M8 AP set. Saya ni sebenarnya tak pernah beli selain ori set. Jd ni nak tanya samada ultrapixel dan duo camera fully functional ke? Sebab dua benda ni je yg buat saya nk beli M8 berbanding Z2.
Terima kasih ye.
Wassalam XiN, macam saya tulis contoh coklat cadbury tu, AP Set dan Ori Set adalah benda yang sama. Produk dan fungsi yang sama. Bezanya cuma warranty dia. Ya, ultrapixel dan duo camera di M8 saya berfungsi dengan baik. Jangan risau.
PadamPendapat peribadi saya, M8 jauh lagi power dan berbaloi daripada Z2. Cuma Z2 menang dari fungsi kalis air dia :)
as salam bro..tumpang tanye...tahu x bile oneplus two kluar kt malaysia..?and then ,...mntk pendapt skit..klau compore one plus one dgn honor 6 plus...mane lg ok...?dalam dilema....haha..hope bleh bls kt whatsap ke telegram ke..ni phne no..0139615453...thnkz..
BalasPadamOnePlus Two? Kau biar benar? Release pun tak lagi. Tunggu je la tahun depan.
PadamRuangan storan 32GB, hadir dengan slot mikro-SD, serta bateri berkapasiti 3600mAh ditambah dengan sokongan duo camera (like M8) sudah tentu Honor 6 Plus lebih power dari OnePlus One :)
PadamSalam bro nizam..sye pun cadang nk beli htc one m8 ni..so nk tnyela stakt ni ade prob x dgn OS die kalo kite guna AP set ni? Sbb hanya tinggal Ap set shj di directd
BalasPadamSaya dah pakai M8 dalam 5 bulan, so far belum lagi ada problem :)
Padamsamsung s6 edge plus jauh lebih premium & terbaik dri segi spesifikasinya... mmg xleh lawan stakat opo ke htc ke
BalasPadamBergantung kepada kemampuan masing2, budget yang saya ada cuma boleh dapatkan henfon HTC One sahaja.
Padam:)
Padam