Selamat Tinggal Laptop Asus Atas Tiga Tahun Perkhidmatanmu.

Salam semua.
Minggu lepas, lappy boleh buat hal pulak, skrin tak menyala plus body panas gila. So aku hantar ke kedai kat Semenyih.

Sampai je kedai explain semua kat dia, dia kata kena modal RM500++ nak repair. Ohhh sebelum ni RM150 melayang sebab ganti fan baru kat motherboard tue so aku decide not to repair dan keluarkan internal hardisk 500GB tu jadi external harddisk. Alang2 tue berkenan dengan headphone kat kedai tu.

Cliptech harddisk holder/ case RM25.
Headphone Ovleng. Sumpah bass dia terbaik RM45.
Dah lama nak beli ni. nasib baik ingat. Dapat RM5.
Resit.
Balik rumah terus decide nak jual laptop ni daripada simpan takde function. Boleh jadi sparepart kan. Aku iklankan kat mudah dalam pukul 4 camtue, terus pukul 6 ada orang berminat. Lepas isyak jumpa kat Semenyih. 
Gigih brader tu datang dari Putrajaya deal dengan harga RM100. Ni gambar-gambar terakhir laptop aku sebelum dilepaskan.

Design keyboard dia yang buat aku jatuh cinta.
Logo bawah skrin.
Powered by Altec Speakers.
Bye laptop Asus A42J atas 3 tahun lebih perkhidmatan. Haha. Aku beli 2nd hand lewat tahun 2011 juga dari mudah.com.my dengan harga RM1600. Memang berbaloi sebab masih baru dan Intel Core i5 time tu standard harga RM2299.

P/s: Nak beli MacBook baru yang Apple akan lauch tahun ni. Cepatlah Apple, nak beli ni!

Ulasan

  1. pandainya ko jual laptop rm100.. brader tu repair skit je bleh pakai balik. pandai3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)