Catatan

Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press

Imej
Salam dan hai semua. Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Hari ini aku nak tulis sedikit review sebuah buku yang bertajuk Hungga oleh seorang naqibah bernama Nur Afirah.  Judul:  Hungga Penulis: Nur Afirah Penerbit: #UF Press Mukasurat: Tak dinyatakan. Setelah dikeluarkan daripada parcel poslaju, inilah rupanya. Kreatif dan kemas. Rasa sayang pula nak buka kan? Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016, MAEPS Serdang. Kulit buku yang minimalis dan kemas menunjukkan sebuah illustrasi bayang seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Penanda buku disertakan sekali untuk kemudahan pembaca. Buku ni takde halaman mukasurat. Mungkin ada sebab yang tersendiri daripada penulis ini. Kulit belakang Hungga. REVIEW (Mengandungi spoils) Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan bacaan buku ni. Gigih betul nak habiskan baca sebab aku minat dengan penulis ni selepas tengok Kerana...

Merasa Subway Chicken Tandoori Di Metro Point Kajang (Review)

Imej
Salam semua dan hai. Semalam aku singgah ke Subway Metro Point. Dah lama sangat nak rasa sendiri Subway ayam tandoori ni. Bila dengar kat radio lagu yang mamak nyanyi tu memang menguji iman betul. Bila tengok gambar ni, memang terus rasa nak beli walaupun tak rasa lapar. Memang tergoda. Umph! Ini dia. Subway chicken tandoori, air jus oren Minute Maid dan cookies coklat. Semua sekali RM12.70. Cookies tu RM0.80 sebiji. Roti pilihan aku, 9. Grain Honey Oat. Semua sos aku mintak kecuali sos cili. Letak blackpepper dengan minyak olive. Semua sayur juga aku ambil. Barulah berbaloi dengan harga kan? Cookies coklat sebagai pencuci mulut. REVIEW Rasa ayam tandoori dia memang sama dengan mana-mana kedai mamak yang sedap. Memang original. Lembut isi ayam dia bermakna cukup masa perapannya. Dimakan pula dengan campuran sos honey mustard, mayonnaise, ketchup, bbq, ranch, thousand island dan olive oil blend memang menarik rasanya. Cubalah try. Kesimpulannya, aku be...

Merasa Ayam Goreng KFC Kari-Kari Rangup (Review)

Imej
Salam semua dan hai. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semalam balik je dari kerja, sampai rumah semua orang takde. Pelik juga yang selalunya mak aku malas ikut kakak aku pergi open house. Masuk dapur buka peti ais langsung takde idea nak masak apa so aku keluar balik pergi KFC Semenyih. On the way ke KFC, dalam kepala dah set nak rasa sendiri ayam KFC baru ni. Bila tengok je gambar KFC ni terus membuka selera. Kalau orang tak lapar pun boleh jadi lapar. Haha. Berjaya bawa balik KFC Kari-Kari Rangup. Satu set berharga RM12.90 campur GST. Dalam set ni ada dua ketul ayam goreng, coleslaw, nasi kolonel dan jus oren Nestle Sjora.  Apa rasa ayam kari-kari rangup ni? Macam biasalah, rangup di luar, juicy di dalam. Bila makan boleh rasa rempah kari yang original dan ada sedikit rasa pedas cili. Kombinasi yang awesome. Lepas makan memang rasa kenyang. Aku sendiri berpuas hati dengan rasa ayam ni. Berbaloi dengan harga RM12.90 dengan apa yang kita dapa...

Memborong Coklat Di Jualan Coklat Beryl's Bangi Seksyen 8

Imej
Salam semua. Semalam aku gigih ke Bangi seksyen 8 sebab Beryl's ada buat sale coklat. Walaupun aku peminat jenama coklat ni, whatsapp group yang bagitau pasal sale ni. Hehe. Coklat Sale ni hari last dia sampai Jumaat ni. So, sesiapa hantu coklat Beryl's macam aku ni, memang wajib kena borong coklat kat sini sebab kalau hari biasa agak mahal juga harganya. Orang sangatlah ramai bagaikan tiada hari esok. Aku ingat, aku sorang je peminat Beryl's ni. Hehe.  Tiramisu. Favourite si dia.  Banyak pilihan coklat kat sini, aku ambik yang mana favourite aku je.  Inilah yang berjaya dibawa pulang. Beryl's Camior. Coklat paling favourite. Packaging yang unik dan rasa dia yang lagi sedap daripada Cadbury. Harga sekotak RM2.60 je. Kalau korang sukakan seseorang, bagi je coklat ni mesti diorang suka.  First time beli cookies ni, rasa dia ada gabungan pahit dan manis. Harga sekotak RM4.60. Yang ni rasa yogurt strawberry. Tak terla...

Singgah Membeli Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, MAEPS Serdang.

Imej
Salam semua. Semalam aku berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2016). Pameran buku terbesar di Malaysia kali ni diadakan pertama kali di MAEPS Serdang. Macam biasalah, aku nak kongsikan buku apa yang aku beli kali ni. Last aku pergi pesta buku ni tahun 2014. Baca:  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, PWTC. Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014, PWTC. Sebelum shopping buku, kitorang makan dulu. Masa ni memang panas terik macam matahari seinci atas kepala. Di sini ada 3 tempat makan pilihan. Boleh pilih dewan D atau tempat menunggu shuttle bus (gambar atas). Kitorang pilih beli je di foodtruck kat sebelah dewan A. Beli nasi ayam panggang boneless dan nasi kambing grill. Harga RM9 dan RM10 je. Harga yang berpatutan dan rasa yang marvellous. Lepas makan, terus ke Dewan A dengan penuh semangat dan harapan.  Booth yang paling jadi tumpuan ramai, Dubook Press. Memang ramai sebab Dubook Press ada sediakan hadiah...

Review Buku Acah-Acah #Deep Oleh Shazreen Fazlynda Dari Puteh Press

Imej
Salam dan hai. Dah lama tak review buku kan? Nampak sangat dah lama tak membaca. So semalam aku gigih habiskan baca buku Acah-Acah Deep ni sampai tidur lambat dibuatnya! Judul:  ACAH-ACAH DEEP Penulis: Shazreen Fazlynda Penerbit: Puteh Press Mukasurat: 144 KENAPA BELI? Sebenarnya ini buku adik aku si budak darjah 6 tu yang punya. Aku saja je baca buku idola dia. Then, usha video si penulis ni, famous rupanya dia ni. Tinggi views dia, video pun boleh tahan menarik. Terdetik pula di hati nak buat review yang sekian lama tak buat. Bahasa Utagha Inside. Tengok tu dia siap bagitahu awal-awal tu. REVIEW (Mengandungi spoils) Buku ini adalah buku jenis autobiografi. Basically, Shazreen Fazlynda (SF) memulakan kisahnya semasa zaman penghijrahannya (menutup aurat dengan sempurna) di tingkatan 5 sehingga zaman perkahwinannya di usia 23. Baca: Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press Ada beberapa kisah yang aku rasa menarik dan memberi ins...

Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall Kuala Lumpur Kali Kedua

Imej
Salam semua dan hai. Lepas habis makan kat Restoran Pak Mal Nasi Ayam (KLIK SINI) , aku terus ke Kedai Ustaz buat kali kedua so bolehlah usha barang-barang baru restocked. Post aku sebelum ni di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, klik link bawah ni.  BACA:   Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, Kuala Lumpur. Kali ni aku berhabis RM45.00, lapan ringgit lebih daripada sebelum ni. Tapi lebih banyak barang. Untuk sesiapa yang tak tau mana satu bangunan MARA Digital Mall ni, ni dia gambar dari google. Terletak di betul2 di Jalan Raja Laut, KL. Masa pergi first time tu, case ni dah habis so bila dah restocked ni, aku kebas sampai tiga. Boleh buat spare kan. Harga RM3 je. Case ni memang selesa pakai kat phone, sedap dipegang, nipis dan berkilat. Kalau nak beli kat pasar malam ni, konfem RM10. Dulu aku pernah beli beats AAA ni kat The Mines dalam RM30. Memang best kualiti bass dia. Bila nampak kat kedai Ustaz ni, terus sambar satu. Harga pun mur...